
Daripada jumlah itu, sebanyak 91 kes atau 55.2% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 74 kes atau 44.8% dalam Kategori 3 hingga 5.
Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 35 kes diikuti Kedah (25) dan Perak (17).
Sementara itu, sebanyak 175 pesakit dibenarkan pulang semalam.
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 98 atau 13% daripada jumlah kapasiti.
Katanya, tiada negeri menunjukkan penggunaan katil ICU melebihi 50% kapasiti.
Sejumlah 61 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator ialah 8% daripada jumlah keseluruhan.
Satu kluster baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini sebanyak 7,004 dengan 97 daripadanya aktif.
Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.77.