
PETALING JAYA: Polis masih mengesan baki 72 tahanan Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu, Kedah pada Rabu lalu.
Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad berkata, lapan tahana itu ditahan semula semalam dan hari ini, manakala usaha mengesan baki pelarian yang bebas masih diteruskan.
“Setakat petang ini, baki tahanan yang belum ditemui ialah 72 orang dan operasi mengesan mereka masih berjalan,” katanya dalam kenyataan dipetik Bernama.
Dalam kejadian awal pagi Rabu lalu, 528 tahanan Rohingya melarikan diri dari depot itu.
Enam daripada mereka maut dirempuh kenderaan ketika melintas di KM168 Lebuhraya PLUS menghala ke selatan berhampiran Jawi, Pulau Pinang.