
Daripada jumlah itu, sebanyak 107 kes atau 49.1% dalam kategori 1 dan 2 manakala baki 111 kes atau 50.9% adalah kategori 3 hingga 5.
Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 65 kes diikuti Perak (22) dan Kuala Lumpur (19).
Sementara itu, sebanyak 240 pesakit dibenarkan pulang semalam.
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 89 atau 12% daripada jumlah kapasiti.
Katanya tiada negeri menunjukkan penggunaan katil ICU melebihi penggunaan 50% kapasiti.
Sejumlah 57 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 8% daripada jumlah keseluruhan.
Satu kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini 7,003 dengan 99 daripadanya aktif.
Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.77.