
Katanya, menjadi perkara biasa bagi parti politik mencari jalan dan apa juga kaedah untuk menghadapi PRU serta lawan mereka juga perlu bersiap sedia dengan strategi tersendiri.
“Dalam politik, ada dua perkara. Satu, tidak pernah berhenti berfikir dan kedua, politik adalah seni segala kemungkinan, jadi mereka (PH) kena cari jalan dan apa jua kaedah untuk hadapi PRU. Umno tetap bersedia untuk bersaing dengan strategi tersendiri, sekiranya ia benar-benar berlaku nanti.
Tonton video di sini.
“Di pihak PH, kalau mereka ada khemah besar, itu kita anggap sebagai persaingan, tetapi saya tak fikir untuk membina khemah besar ini semudah nak buat pisang goreng. Apa pun kita kena hadapi dan ada persediaan serta strategi kita,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Isnin lalu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilaporkan berkata, pendekatan “khemah besar” PH tidak termasuk kerjasama dengan parti dalam kerajaan, sama ada Umno, Bersatu atau PAS kerana ia tidak mungkin bekerjasama dengan pengkhianat yang jelas mengkhianati amanah serta mandat rakyat.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub kelmarin dilaporkan meminta pemimpin pembangkang berjiwa besar dengan memaaf dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan “khemah besar” sebagai persediaan menghadapi PRU15.
Naib presiden PH itu menyarankan gabungan terbabit membuka pintu rundingan dengan semua parti pembangkang, termasuk Bersatu dan PAS, bagi memastikan pembangkang ampuh dalam menghadapi Barisan Nasional.