
Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata setakat malam tadi, 65 lelaki dewasa, lapan wanita dewasa dan tujuh kanak-kanak perempuan belum ditemui.
“Setakat ini, seramai 448 tahanan etnik Rohingya telah ditemui iaitu 229 lelaki dewasa, 89 wanita dewasa, 69 kanak-kanak lelaki dan 61 kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan.
Wan Hassan berkata sehingga kini jumlah tahanan yang berada di dalam depot tersebut adalah 15 orang dengan kerja-kerja dokumentasi sedang dilakukan sebelum mereka dihantar ke depot tahanan lain.
Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya melarikan diri, bagaimanapun enam daripada mereka maut dirempuh kereta ketika cubaan melarikan diri di lebuh raya.