243 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 13%

243 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 13%

Sebanyak 225 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Sejumlah 63 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 8% daripada jumlah keseluruhan. (Bernama pic)
PETALING JAYA:
Sebanyak 243 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 124 kes termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 119 kes adalah dalam Kategori 3 hingga 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 59 kes, diikuti Johor (37) dan Perak (31).

Sementara itu, sebanyak 225 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 154 atau 13% daripada jumlah kapasiti.

Katanya, tiada negeri menunjukkan penggunaan katil ICU melebihi 50% kapasiti.

Sejumlah 63 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 8% daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak empat kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini 6,999 dengan 106 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.84.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.