Tetak 4 sekeluarga ketika berbuka, lelaki positif dadah ditahan

Tetak 4 sekeluarga ketika berbuka, lelaki positif dadah ditahan

Isteri suspek yang berusia 30-an, ibu mentua (50-an), adik ipar perempuan (30-an) dan adik ipar lelaki (16 tahun) cedera parah akibat ditetak dengan parang.

The suspect was arrested on Wednesday following a report lodged on Wednesday.
KOTA TINGGI:
Seorang lelaki yang diburu selepas disyaki menetak empat ahli keluarganya menggunakan parang di sebuah rumah di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, di sini, Khamis lalu, akhirnya ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, lelaki berusia 38 tahun yang bekerja di sebuah ladang nanas itu, ditahan di Jalan Persiaran Indahpura 4, Kulai pada 11.50 pagi tadi.

“Lelaki itu juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine dalam saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya.

“Dia akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula esok hingga Rabu di Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Hussin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Sabtu lalu, Hussin dilaporkan berkata, polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki menetak isterinya berusia 30-an, ibu mentua (50-an), adik ipar perempuan (30-an) serta adik ipar lelaki (16 tahun), menggunakan parang ketika waktu berbuka puasa pada 7.11 malam Khamis, menyebabkan semua mangsa cedera parah.

Ketika kejadian, dua anak lelaki itu yang masing-masing berusia lima tahun dan dua bulan bersama isterinya tidak cedera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.