
Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, hubungan baik itu juga adalah kerana dua parti berkenaan bekerjasama sebagai pembangkang di Parlimen.
“Hubungan Warisan dan Muda masih dalam keadaan baik tapi ketika PRN Johor, mereka bersama dalam kem PH, dan hubungan kami juga baik kerana kami adalah pembangkang di Parlimen selain hubungan baik dari konteks kemanusiaan.
Tonton video di sini.
“Walaupun dari segi ideologi politik berbeza tetapi kami faham,” katanya ketika ditemui di selepas majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat di Sembulan, di sini, malam tadi.
Terdahulu, Syed Saddiq ketika ditemui di Kota Kinabalu, baru-baru ini, turut akui hubungannya dengan Shafie masih baik dan kerjasama antara parti yang dipimpin mereka juga masih kekal.
“Sangat baik (hubungan beliau dengan Shafie), saya ada bertemu dengan beliau malah selepas PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor lalu, selain beberapa panggilan telefon, beliau seorang yang saya sangat hormati.
“Lebih-lebih lagi sekarang parti-parti pembangkang sedang berusaha mencari jalan untuk membina “jambatan” yang lebih kuku dan saya juga telah bertemu dengan rakan-rakan Warisan sewaktu keberadaan saya di Sabah.
“Saya rasa sangat penting untuk kami bekerjasama bagi mengukuhkan pakatan pembangkang di sini…Muda dan Warisan akan bekerjasama rapat,” katanya.