Gangguan elektrik: Dewan bedah HQE1 tutup 2 hari

Gangguan elektrik: Dewan bedah HQE1 tutup 2 hari

Sebanyak 28 pembedahan bukan kecemasan dijadualkan hari ini ditunda manakala kes pembedahan kecemasan akan dilakukan di Hospital Queen Elizabeth 2.

Semalam media melaporkan HQE1 mengalami gangguan elektrik menyebabkan sejumlah pesakit terpaksa dipindahkan ke HQE2. (Gambar Facebook JKNS)
PETALING JAYA:
Perkhidmatan dewan bedah di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), Kota Kinabalu terpaksa ditutup dua hari bermula hari ini bagi memastikan bekalan elektrik ke semua wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) mencukupi dan stabil.

Dalam kenyataan, Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin berkata, sebanyak 28 pembedahan bukan kecemasan yang dijadualkan hari ini ditunda manakala kes pembedahan kecemasan akan dilakukan di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2).

“Pada masa ini, syarikat konsesi Sedafiat masih berusaha membaiki kabel elektrik yang rosak agar bekalan elektrik pulih seperti sediakala.

“Pihak HQE1 dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan sentiasa mengemas kini status pembaikan bekalan elektrik dan perkhidmatan rawatan di HQE1 dari semasa ke semasa,” katanya.

Semalam media melaporkan HQE1 mengalami gangguan elektrik menyebabkan sejumlah pesakit terpaksa dipindahkan ke HQE2.

Gangguan elektrik itu membabitkan menara berkembar, klinik pakar dan blok perubatan lama HQE1 pada 11.54 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.