6 daripada 528 tahanan Rohingya lari dari depot maut kemalangan

6 daripada 528 tahanan Rohingya lari dari depot maut kemalangan

Pihak berkuasa setakat ini berjaya menangkap semula 362 orang, manakala selebihnya masih diburu.

Seramai 362 tahanan Rohingya berjaya ditangkap semula setakat 10 pagi ini. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Seramai 528 tahanan Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, di Bandar Baharu, Kedah, awal pagi ini. Bagaimanapun, enam daripada mereka maut dalam kemalangan jalan raya ketika melarikan diri.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud, tahanan memecahkan pintu dan gril di pusat itu sebelum melarikan diri secara berkumpulan sekitar 4.30 pagi.

Setakat 10 pagi, pihak berkuasa berjaya menangkap semula 362 tahanan.

Tonton video di sini.

“Misi memburu mereka yang lain masih diteruskan,” kata Khairul dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pada kira-kira 6.50 pagi, enam daripada tahanan terbabit maut dalam kemalangan ketika cuba menyeberangi lebuh raya berhampiran dalam usaha melarikan diri daripada pihak berkuasa.

“Mereka yang terbunuh adalah dua lelaki, dua wanita, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, ramai tahanan ditangkap oleh penduduk tempatan selepas mereka dilihat berjalan di sepanjang bahu jalan kerana tidak berani melintas.

Klip video memaparkan ramai tahanan di sepanjang jalan tular di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.