
KKM turut melaporkan 6,069 kes Covid-19 meliputi 5,959 penularan tempatan dan 110 kes import.
Daripada jumlah kematian itu, satu kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,449.
Perak mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Johor (tiga) dan Kedah, Melaka, Pahang, serta Putrajaya (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, dan Labuan.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 92,039 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 97 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 64 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 10,619 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,402,234.