Lelaki Kanada ditahan tunjuk isyarat lucah selepas ditegur tak pakai pelitup muka

Lelaki Kanada ditahan tunjuk isyarat lucah selepas ditegur tak pakai pelitup muka

Lelaki asing itu dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan disiapkan dan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Tangkap layar daripada video tular menunjukkan lelaki asing tidak memakai pelitup muka itu bersemuka dengan pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang warga asing yang dirakam memaki hamun dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah selepas ditegur tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, warga Kanada berusia 44 tahun itu ditahan ketika hadir di balai polis pada 8.30 malam Isnin untuk memberi keterangan selepas menyedari video 18 saat berhubung tindakannya di pusat beli-belah Jalan Ampang itu tular di media sosial.

“Polis menahan suspek berkenaan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Katanya, lelaki asing yang bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur itu dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan disiapkan dan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.