Lebih 1.4 juta kanak-kanak terima 1 dos vaksin Covid-19

Lebih 1.4 juta kanak-kanak terima 1 dos vaksin Covid-19

Sebanyak 452,633 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 12.7%, telah lengkap divaksinasi.

Jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 69,692,713.
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 1,420,019 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun atau 39.9% daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 452,633 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 12.7%, telah lengkap divaksinasi.

Bagi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,875,587 individu atau 92.4% telah lengkap divaksinasi, manakala 2,976,803 atau 95.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa, sebanyak 15,980,555 individu atau 67.9% telah menerima dos penggalak, manakala 22,961,507 atau 97.6% telah melengkapkan dos kedua, selain 23,238,533 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam sebanyak 55,642 dos vaksin diberikan, termasuk 40,397 dos kedua, 6,247 dos penggalak dan 8,998 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,692,713.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.