308 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 14%

308 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 14%

Sebanyak 265 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Sejumlah 68 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 9% daripada jumlah keseluruhan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebanyak 308 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 137 kes atau 44.5% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 171 kes atau 55.5% adalah Kategori 3, 4 dan 5.

Kedah merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 68 kes diikuti Selangor (58) dan Perak (32).

Sementara itu, sebanyak 265 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 760 atau 14% daripada jumlah kapasiti.

Katanya, hanya satu negeri menunjukkan penggunaan katil ICU melebihi 50% kapasiti, iaitu Putrajaya sebanyak 51%, manakala Negeri Sembilan mencatatkan 50%.

Sejumlah 68 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 9% daripada jumlah keseluruhan.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam. Jumlah keseluruhan kluster setakat ini kekal 6,990 dengan 114 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.88.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.