Model, kaedah PGM perlu terperinci, gesa MTUC

Model, kaedah PGM perlu terperinci, gesa MTUC

Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor meminta model dan kaedah Perintah Gaji Minimum (PGM) baharu yang lebih berterus terang, segera diumumkan kerajaan.

Pada Mac lalu, media melaporkan bahawa Kementerian Sumber Manusia sedang memperinci model dan kaedah pelaksanaan PGM 2022, termasuk usaha menentukan jenis perusahaan, pekerjaan dan penggajian yang boleh melaksanakan perintah gaji minimum.
PETALING JAYA:
Kerajaan perlu mengumumkan model dan kaedah Perintah Gaji Minimum (PGM) baharu yang bakal bermula pada 5 Mei ini secepat mungkin bagi membolehkan persediaan awal diambil pihak syarikat.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, kebanyakan orang masih belum jelas berhubung model dan kaedah PGM, terutamanya isu sektor yang dikecualikan daripada pelaksanaan gaji minimum.

“Setakat hari ini, kita pun tidak tahu apa model, kaedah mahupun pengecualian kerana PGM belum diwartakan. Kerajaan sepatutnya keluar perintah itu, maka baharu ia boleh jadi undang-undang, tetapi sekarang kita cuma tahu tarikh kuat kuasa sahaja.

Tonton video di sini.

“Kebiasaan juga ia akan panggil orang berkepentingan untuk berbincang berkenaan model dan kaedah PGM yang sesuai, tetapi sekarang pun tiada panggil lagi.

“Saya pun tidak faham mengapa ini berlaku padahal kadar PGM akan dilaksanakan dua minggu lagi, tetapi masih belum ada kenyataan yang jelas ini akan berlaku. Kita pun tidak tahu itu cakap-cakap politik atau apa,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Beliau juga berkata, PGM itu perlu diwartakan dengan segera bagi membolehkan model dan kaedahnya diketahui dengan lebih jelas berbanding melalui laporan media sahaja.

“Kontraktor pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di hospital dan sekolah pun masih belum jelas lagi sama ada kontrak mereka akan ditambah nilai atau tidak. Jika kerajaan tidak tambah nilai, jadi bagaimana mereka bayar pekerja di bawah.

Dalam pada itu, mengulas berkenaan kadar upah amah, Kamarul Baharin meminta memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai diumumkan secara lebih berterus terang, khususnya mengenai kadar upah.

“Ini tak adil bagi pekerja Malaysia apabila amah boleh dapat kadar RM1,500, tetapi pekerja tempatan ada yang perlu dikecualikan,” jelasnya.

Pada Mac lalu, media melaporkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang memperinci model dan kaedah pelaksanaan PGM 2022, termasuklah usaha menentukan jenis perusahaan, pekerjaan dan penggajian yang boleh melaksanakan perintah gaji minimum RM1,500 secara berperingkat sebelum dibentang pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

Bagaimanapun, Menteri Sumber Malaysia M Saravanan dilaporkan berkata dalam satu sidang akhbar bahawa kerajaan akan memberi kelonggaran kepada beberapa sektor pekerjaan, termasuklah sektor tidak formal apabila pelaksanaan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa pada 1 Mei nanti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.