241 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 17%

241 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 17%

Sebanyak 282 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Sejumlah 76 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 10% daripada jumlah keseluruhan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sebanyak 241 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 135 kes atau 56% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 106 kes atau 44% adalah Kategori 3, 4 dan 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 44 kes diikuti Perak (34) dan Kedah (22).

Sementara itu, sebanyak 282 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 760 atau 17% daripada jumlah kapasiti.

Katanya tiada negeri menunjukkan penggunaan katil ICU melebihi penggunaan 50% kapasiti.

Sejumlah 76 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 10% daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak enam kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini kekal 6,990 dengan 120 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.86.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.