Malaysia kecam serangan di Masjid al-Aqsa

Malaysia kecam serangan di Masjid al-Aqsa

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata tindakan tentera rejim Israel yang turut menyasarkan wanita dalam serangan itu adalah kejam dan tidak boleh diterima.

Sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin cedera susulan pertempuran antara tentera Israel dan rakyat Palestin apabila tentera menyerbu perkarangan masjid selepas solat subuh pada Jumaat. (Gambar AP)
PUTRAJAYA:
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadap tentera rejim Israel yang menyerang umat Islam Palestin termasuk anggota perubatan dan wartawan di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata perbuatan keji serta tidak berperikemanusiaan itu amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku terutama pada Jumaat apatah lagi umat Islam Palestin sedang berpuasa serta menunaikan ibadat ketika Ramadan.

“Tindakan tentera rejim Israel yang turut menyasarkan wanita dalam serangan itu, satu tindakan yang kejam dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin menegaskan Malaysia akan terus konsisten dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat Palestin.

Sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin cedera susulan pertempuran antara tentera Israel dan rakyat Palestin apabila tentera menyerbu perkarangan masjid selepas solat subuh pada Jumaat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.