
Kejadian berlaku pada 2.55 pagi ketika mangsa, yang juga seorang warga emas berusia 63 tahun, mengambil suspek di Sagil, Muar, Johor menggunakan aplikasi Mycar.
Ketua Polis Sentul Beng Eh Lai berkata, sebaik tiba di destinasi di Kovil Hilir, mangsa memberitahu jumlah tambang perlu dibayar suspek adalah RM400.
Katanya, suspek enggan membayar kerana tidak mempunyai wang dan mangsa membuat keputusan untuk menghantar suspek ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.
“Disebabkan ketakutan, suspek bertindak mengelar leher mangsa menggunakan sebilah pisau lipat dan kemudiannya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan.
Selepas kejadian, suspek meninggalkan pisau lipat berkenaan dalam kereta mangsa.
Beh berkata, mangsa kemudian memandu ke Balai Polis Sentul bagi meminta bantuan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
“Hasil siasatan dan risikan dijalankan, polis berjaya menahan suspek di sebuah premis perniagaan di Jinjang, pada 4.55 petang tadi.
“Siasatan mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan polis turut merampas telefon bimbit milik suspek.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.