
Daripada jumlah itu, sebanyak 224 kes atau 60.5% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 146 kes atau 39.5% adalah Kategori 3, 4 dan 5.
Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 113 kes diikuti Kelantan (95) dan Sabah (78)
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 152 atau 18% daripada jumlah kapasiti.
Katanya tiada negeri menunjukkan penggunaan katil ICU melebihi penggunaan 50% kapasiti.
Sejumlah 87 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 10% daripada jumlah keseluruhan.
Sebanyak lapan kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini kekal 6,974 dengan 116 daripadanya aktif.
Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.82.