16 kematian baharu Covid-19, 9,673 kes

16 kematian baharu Covid-19, 9,673 kes

Sebanyak lima kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

16 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam dengan lima diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 16 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 9,673 kes Covid-19 dan termasuk 9,648 penularan tempatan dan 25 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, lima korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,397.

Perak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Selangor (masing-masing dua) serta Johor, Perlis, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 113,175 kes aktif dilaporkan, termasuk 152 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 87 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 14,267 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 4,372,697.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.