Reman hanya sehari, Fahmi Reza dibebas hari ini, kata peguam

Reman hanya sehari, Fahmi Reza dibebas hari ini, kata peguam

Pereka grafik dan aktivis itu ditahan polis semalam berhubung imej grafik satira memaparkan seekor beruk yang dimuatnaik di media sosial.

Majistret hanya membenarkan reman sehari terhadap Fahmi Reza, kata peguamnya, Rajsurian Pillai.
PETALING JAYA:
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza akan dibebaskan hari ini setelah ditahan polis semalam selepas berkongsi imej grafik satira yang memaparkan seekor beruk memakai tengkolok dan berkeris seperti bangsawan.

Peguamnya, Rajsurian Pillai berkata, majistret hanya membenarkan reman sehari terhadap Fahmi.

Fahmi ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman pada 4.20 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad SIM untuk tujuan siasatan bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum itu, menerusi hantaran di Twitter, Fahmi memaklumkan bahawa beliau dipanggil polis berhubung imej tersebut yang dimuat naik di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.