
Mereka turut menyifatkan keputusan dicapai itu secara jelas mencerminkan keterbukaan kepimpinan Umno yang diterajui Presiden, Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Mohamad Hasan.
“Keputusan ini juga merupakan manifestasi jiwa besar presiden Umno seperti yang terungkap dalam ucapan penggulungan beliau semasa Perhimpunan Agung Umno 2021 yang berlangsung bulan lalu.
“Justeru pencalonan Ismail sebagai calon tunggal perdana menteri daripada parti Umno bakal menjamin kesinambungan dan kelangsungan setiap perancangan serta agenda pemulihan negara pasca-pandemik Covid-19.
“Ia sekali gus dapat memberikan keyakinan kepada rakyat yang ingin melihat sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh ditubuhkan selepas PRU15 kelak,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
Kata mereka, negara ketika ini telah melangkah ke fasa peralihan ke endemik dengan penumpuan ke arah pemulihan negara sedang giat diusahakan oleh kerajaan pimpinan Ismail
MKT Umno semalam mencadangkan Ismail sebagai calon perdana menteri parti itu bagi menghadapi PRU15 akan datang.