374 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 18%

374 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 18%

Sebanyak 365 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Sejumlah 89 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 10% daripada jumlah keseluruhan.
PETALING JAYA:
Sebanyak 374 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 220 kes atau 58.8% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 154 kes atau 41.2% adalah Kategori 3, 4 dan 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 89 kes diikuti Perak (52) dan Johor (30)

Sementara itu, sebanyak 365 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 154 atau 18% daripada jumlah kapasiti.

Katanya tiada negeri menunjukkan penggunaan katil ICU melebihi 50% kapasiti.

Sejumlah 89 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 10% daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak lapan kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini kekal 6,966 dengan 112 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.86.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.