
Terdahulu, individu yang menjadi kontak rapat tetapi menerima dos penggalak serta tidak bergejala, tidak perlu menjalani kuarantin berkuat kuasa 1 Mac lalu.
“Sekarang, bagi kontak rapat, mereka tidak perlu isolasi sekiranya tidak bergejala, ini bermaksud tidak mengira status vaksinasi,” katanya dalam sidang media.
Mengenai kes jangkitan semula Covid-19 dalam tempoh 20 hari selepas jangkitan pertama, Khairy berkata, ia masih dalam kajian Kementerian Kesihatan (KKM).
“Memang ada kes seperti ini dan pegawai saya pun (dijangkiti semula). Kita sedang meneliti sama ada perkara ini dapat dicegah. Setakat ini, tiada vaksin yang mampu mencegah jangkitan semula Covid-19.
“Tetapi, kebanyakan mereka yang dijangkiti semula dalam tempoh tersebut hanya mengalami gejala sederhana dan perlu isolasi.”
Beliau berkata, buat masa ini, jangkitan semula itu dikesan menjadi trend di Denmark dan United Kingdom.