Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman

Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman

Fahmi Reza dalam catatan di Twitter memaklumkan Bukit Aman menghubunginya supaya tampil untuk disiasat petang ini.

Artis grafik Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman untuk siasatan berhubung perkongsian di Twitter miliknya.
PETALING JAYA:
Artis grafik Fahmi Reza dipanggil polis untuk memberi keterangan selepas berkongsi potret seekor beruk memakai tengkolok dan berkeris seperti bangsawan.

Fahmi dalam catatan di Twitter memaklumkan, Bukit Aman menghubunginya supaya tampil ke balai polis untuk disiasat petang ini.

“Aku sudah terima panggilan telefon dari Bukit Aman. Tak sampai 15 jam polis dah buka kertas siasatan bawah Akta Hasutan kerana grafik satira #beruk yang aku ‘post’ malam tadi. Polis minta datang balai untuk disoal siasat petang ni juga. Kita jumpa kejap lagi PDRM,” katanya di Twitter.

Watch the video here.

Sebelum ini, Fahmi pernah mencetuskan beberapa kontroversi menerusi karyanya, sekali lagi menarik perhatian apabila memuat naik potret itu malam tadi melalui Twitter miliknya tanpa sebarang keterangan.

Dalam ciapan berasingan, Fahmi berkongsi satu poster tertera ayat berikut:

“Kalau kita boleh terima dan tak sekat karya satira yang memberukkan orang lain, kita juga harus terima dan tak sekat karya satira orang lain yang memberukkan kita.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.