
PETALING JAYA: Sekolah Menengah Sains Rembau di Negeri Sembilan ditutup selama seminggu selepas 60 kes Covid-19 direkodkan.
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, sekolah itu diarah tutup mulai 11 April lalu hingga 18 April ini untuk disanitasi.
Katanya, kes positif dikesan melalui saringan ujian kendiri antigen (RTK-Ag) ke atas pelajar.
“Setakat semalam (Rabu), 60 pelajar tingkatan dua hingga lima melibatkan 38 lelaki dan 22 perempuan disahkan positif Covid-19,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Beliau berkata, pengesanan itu mencetuskan kluster Jalan Pilin.