426 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 19%

426 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 19%

Sebanyak 445 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Sejumlah 97 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 11% daripada jumlah keseluruhan.
PETALING JAYA:
Sebanyak 426 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 244 kes atau 57.3% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 182 kes atau 42.7% adalah Kategori 3, 4 dan 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 97 kes diikuti Perak (57) dan Johor (40).

Sementara itu, sebanyak 445 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 161 atau 19% daripada jumlah kapasiti.

Katil ICU yang melebihi penggunaan 50% kapasiti adalah Putrajaya (67%) dan Selangor (51%).

Sejumlah 97 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 11% daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak tiga kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini kekal 6,845 dengan 113 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.85.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.