Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka, menteri Sarawak beritahu kerajaan negeri

Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka, menteri Sarawak beritahu kerajaan negeri

Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Malaysia sepatutnya mengikut jejak Singapura dan UK yang menjadikan pemakaian pelitup muka sebagai pilihan.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian pelitup muka terus diwajibkan, terutama di kawasan tertutup.
PETALING JAYA:
Seorang menteri Sarawak menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan langkah mewajibkan pemakaian pelitup muka dimansuhkan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) perlu mengkaji pendekatan negara lain berhubung pengendalian pandemik Covid-19.

Beliau merujuk negara seperti Singapura dan United Kingdom yang melonggarkan kewajipan memakai pelitup muka, dan berharap Malaysia mengikut langkah negara terbabit.

“Saya tidak mahu memakai pelitup muka, sekiranya diberikan pilihan,” katanya memetik laporan Borneo Post.

Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, strategi Malaysia kelihatan lebih kaku berbanding negara lain, walaupun Malaysia sudah memasuki fasa peralihan ke endemik dan kebanyakan sektor ekonomi dibuka semula.

Ketika ini, kerajaan tidak bercadang memansuhkan pemakaian pelitup muka, dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada minggu lalu berkata, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan.

Katanya, pemakaian pelitup muka mesti diteruskan, terutama di kawasan tertutup, memandangkan pakar berpandangan ia adalah langkah terbaik melindungi diri daripada jangkitan virus.

Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu dengan beberapa SOP dilonggarkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.