
Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict) tidak bersetuju dengan tindakan polis mengumumkan hasil siasatan terhadap kematian itu tanpa mengadakan inkues.
Semalam, Bukit Aman dalam kenyataan berkata, kematian seorang lelaki berusia 42 tahun yang ditahan atas kesalahan berkaitan dadah di lokap berpusat Indera Mahkota, Kuantan adalah akibat jangkitan akut pada paru-paru kronik dengan tuberkulosis pulmonari dan Covid-19.
Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Azri Ahmad berkata, kematian tahanan itu tidak membabitkan sebarang kecederaan dan elemen jenayah.
Hari ini Edict berkata, tiada peruntukan bawah Kanun Prosedur Jenayah yang membenarkan polis mengeluarkan kenyataan berhubung kematian dalam tahanan sebelum melalui prosiding inkues di Mahkamah Koroner.
Oleh itu, tindakan polis mengumumkan punca kematian tahanan terbabit bertentangan Seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah.
Katanya, polis sepatutnya menyerahkan hasil siasatannya kepada koroner supaya siasatan inkues dapat dijalankan dan hanya Mahkamah Koroner boleh mengumumkan punca kematian tahanan itu.
“Hanya Mahkamah Koroner yang boleh memberikan punca kematian seseorang tahanan selepas proses inkues dijalankan.
“Edict berharap Bukit Aman dapat memperbetulkan tindakan dalam hal ini supaya segala tindakan yang diambil berlandaskan kedaulatan undang-undang.”