
Ketua Polis Alor Gajah, Arshad Abu, berkata Nur Iman Irdina Abdul Nuur yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik ditemukan ibunya Aznynaqiah Mat Ali, 45, dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di bahagian kepala, pada 7 malam.
Beliau berkata, ketika kejadian kanak-kanak itu sedang bermain seorang diri di luar rumah, manakala adik-beradiknya yang lain berada di ruang tamu.
“Ibunya yang sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur terdengar bunyi dentuman kuat dari luar rumah, lalu berlari untuk memeriksa, dan mendapati pagar batu berbentuk botol di beranda rumah itu telah tumbang dan menghempap bahagian tengkuk mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Arshad berkata, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Alor Gajah, namun meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.
Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah kesan hentakan kuat objek keras.
Katanya, tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.