30 kematian baharu Covid-19, 9,002 kes

30 kematian baharu Covid-19, 9,002 kes

Sebanyak enam kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

30 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam dengan enam diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 30 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 9,002 kes Covid-19 meliputi 8,950 penularan tempatan dan 52 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, enam kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,341.

Johor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Pulau Pinang dan Sarawak (masing-masing empat), Perak dan Selangor (masing-masing tiga), Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing dua) serta Perlis, Sabah dan Terengganu (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 126,455 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 151 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 97 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 16,986 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,342,559.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.