Penternak bakar MPV diguna curi lembu

Penternak bakar MPV diguna curi lembu

Penternak terbabit dikatakan membakar MPV disyaki digunakan untuk mencuri lembu di jalan Felda Bukit Kuantan menghala ke Felda Neram 1, Jabor, Kemaman.

Tangkap layar video menunjukkan sekumpulan lelaki membakar sebuah kenderaan pelbagai guna yang tular di media sosial.
PETALING JAYA:
Polis membuka kertas siasatan susulan sekumpulan lelaki dipercayai penternak lembu membakar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) disyaki digunakan untuk mencuri haiwan itu, semalam.

Ia susulan video berdurasi 40 saat itu tular di media sosial dengan insiden berkenaan dipercayai berlaku di tepi jalan Felda Bukit Kuantan menghala ke Felda Neram 1, Jabor, Kemaman, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Hanyan Ramlan, berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes tersebut.

“Polis masih menyiasat punca sebenar kenderaan itu dibakar. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Dalam pada itu, Hanyan memberitahu, dakwaan kononnya MPV jenis Honda Odyssey berkenaan digunakan untuk membawa lembu yang dicuri belum dapat dipastikan kerana tiada aduan berhubung kes kecurian haiwan itu diterima setakat ini.

Video itu memaparkan kemarahan sekumpulan lelaki dipercayai penternak apabila lembu ternakan mereka dicuri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.