Lebih 160,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Lebih 160,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Seramai 1,368,326 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.5% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 4.6% daripada populasi kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap vaksinasi Covid-19.
KUALA LUMPUR:
Seramai 164,375 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 4.6% daripada populasi berkenaan di negara ini lengkap menerima vaksinasi Covid-19 di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, 1,368,326 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.5% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,862,105 individu atau 92% telah lengkap divaksinasi, manakala 2,963,947 atau 95.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, 15,933,049 individu atau 67.7% telah menerima dos penggalak, manakala 22,957,974 atau 97.6% melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,235,033 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 46,823 dos vaksin diberikan semalam, melibatkan 32,183 dos kedua, 10,180 dos penggalak dan 4,460 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,272,251.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.