Kanak-kanak hiperaktif maut jatuh tingkat 11 pangsapuri

Kanak-kanak hiperaktif maut jatuh tingkat 11 pangsapuri

Mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan terlentang di atas bumbung tempat letak kenderaan di aras dua bangunan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Abd Khalid Othman berkata, ketika kejadian, ibu mangsa berada di rumah dan bekerja secara dalam talian manakala bapa kanak-kanak itu berada di kuil.
KUALA LUMPUR:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 di Pangsapuri Intan, Taman Puchong Intan, Subang Jaya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 6.45 petang.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak berkenaan ditemui terlentang di atas bumbung tempat letak kenderaan di aras dua bangunan tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang mempunyai masalah ‘Attention Deficit Hyperactive Disorder’ (ADHD) atau hiperaktif itu sedang bermain permainan video bersama tiga adik-beradik yang lain sebelum disedari hilang.

“Ketika kejadian, ibu mangsa berada di rumah dan bekerja secara dalam talian manakala bapa kanak-kanak itu berada di kuil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Khalid berkata, setakat ini, polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.