
Susulan program eBelia 2021 dan usaha berterusan untuk membantu belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa yang layak, Kementerian Kewangan dengan peruntukan RM300 juta daripada Bajet 2022 melancarkan program ePemula yang menyediakan RM150 melalui e-dompet kepada belia berusia 18-20 tahun.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kementerian Kewangan sekali lagi selepas mendapat sambutan yang sangat positif daripada belia Malaysia tahun lepas,” kata Ketua ShopeePay Malaysia Alain Yee.
Tahun ini, sebagai tambahan kepada kredit e-dompet RM150 oleh kerajaan, ShopeePay menawarkan baucar tambahan RM500 yang terjamin dan peluang memenangi hadiah sehingga RM25,000.
“Sebagai syarikat yang mengutamakan pengguna, kami sentiasa berinovasi untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna. Menerusi ePemula, kami gembira diberi peluang untuk menggalakkan lebih ramai belia Malaysia menerima transaksi tanpa tunai dan menggunakan ShopeePay untuk menikmati kemudahan dan keselamatan yang ditawarkan oleh dompet mudah alih kami,” tambah Yee.

Dengan menggunakan integrasi ekosistem QR DuitNow, pengguna ShopeePay kini boleh membelanjakan kredit gabungan RM650 mereka di lebih banyak peruncit yang mengambil bahagian, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Jenama fesyen JD Sports, Focus Point, Giordano, Elle, Common Sense
- Premis makanan dan minuman Taco Bell, KFC, Kyochon, myBurgerLab, CU Malaysia
- Peneraju teknologi Samsung, Huawei, Switch, Xiaomi
- Jenama kecantikan popular Innisfree, Guardian, Sasa
- Gedung hiburan TGV Cinemas, Redbox, Flyproject, BookXcess, Gamers Hideout
- Stesen minyak Petron, Shell, Caltex, BHP Petrol
Selain diskaun makanan dan penghantaran percuma, tawaran eksklusif ShopeePay lain termasuk pulangan tunai syiling sehingga 3% bagi sebarang pembelian luar talian dengan mengimbas mana-mana kod QR DuitNow.
Bagi peminat media sosial, apabila menuntut ePemula menggunakan ShopeePay, anda dan tiga rakan layak serta-merta untuk menyertai Cabaran #ShopeeEPEMULAsquad.
Ikuti @ShopeePay_MY di Instagram & @ShopeeMY di TikTok, tangkap gambar berkumpulan di IG atau tunjukkan gaya menarik anda di TikTok bagi peluang memenangi beberapa hadiah menarik bernilai sehingga RM25,000.
“Kami juga percaya program itu akan memainkan peranan yang lebih besar untuk menjana aktiviti ekonomi dan jualan secara serentak bagi peniaga dan pedagang tempatan,” kata Yee.
“Apabila lebih ramai pengguna Malaysia menceburi ekosistem tanpa tunai, perniagaan yang lebih kecil seperti kedai serbaneka, kafe tempatan dan pedagang mikro juga akan melihat keperluan untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai sebagai sebahagian daripada operasi agar mereka tidak ketinggalan. Dorongan digital ini akan menjadi kemenangan bagi ekonomi digital negara.”
Untuk menuntut RM150 bawah ePemula di ShopeePay, nikmati ganjaran tambahan dalam bentuk baucar bernilai RM500 dan menangi hadiah bernilai sehingga RM25,000, kunjungi laman sesawang ini.