427 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, ICU pada kapasiti 20%

427 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, ICU pada kapasiti 20%

Sementara itu, sebanyak 403 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Sejumlah 102 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 12% daripada jumlah keseluruhan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sebanyak 427 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 240 kes atau 56.2% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 187 kes atau 43.8% adalah Kategori 3,4 dan 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 87 kes diikuti Kuala Lumpur (36) dan Perak (35).

Sementara itu, sebanyak 403 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 174 atau 20% daripada jumlah kapasiti.

Katil ICU yang melebihi penggunaan 50% kapasiti adalah di Putrajaya (100%) dan Selangor (55%).

Sejumlah 102 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 12% daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak dua kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini kekal 6,952 dengan 126 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.84.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.