30 pelajar positif Covid-19, MRSM Muar ditutup seminggu

30 pelajar positif Covid-19, MRSM Muar ditutup seminggu

Notis perintah penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar.

Penutupan MRSM Muar disahkan Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu.
JOHOR BAHRU:
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar diarahkan tutup selama tujuh hari bermula semalam selepas 30 pelajar didapati positif Covid-19.

Notis perintah penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon yang mengesahkan perkara itu berkata daripada jumlah itu, 11 pelajar disahkan positif Covid-19 menerusi ujian saringan yang dilakukan pada hari ketiga mendaftar masuk ke asrama sejak Isnin lepas.

“Kemudian pada hari kelima, ujian saliva telah dilakukan ke atas semua pelajar dan hasil ujian mendapati 19 lagi pelajar positif Covid-19.

“Kuarantin ke atas semua pelajar yang positif telah dibuat di tempat yang ditetapkan malah pengasingan serta-merta juga telah dilakukan atas nasihat PKD Muar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Penutupan MRSM berkenaan juga disahkan Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.