
Ketua Polis Daerah Klang Utara S Vijaya Rao berkata, mayat bayi berkenaan dijumpai oleh seorang lelaki di lokasi tersebut kira-kira 3 petang.
“Hasil pemeriksaan oleh pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang mendapati bayi malang itu telah tidak bernyawa dan dianggarkan telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.
“Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya menangkap seorang wanita warga asing dan teman lelakinya yang merupakan warga tempatan masing-masing berumur lingkungan 30-an dan 40-an di sekitar lokasi kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan perintah tahanan reman bagi meneruskan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.