
Lebih 8,000km dari kita, konflik berterusan di Ukraine menjadi satu lagi peringatan yang menunjukkan bahawa betapa rapuhnya kehidupan bagi semua orang di seluruh dunia.
Hujan lebat dan banjir kilat di tanah air baru-baru ini turut menjadi peringatan keras bahawa cuaca bermusim yang boleh diramal sekalipun mungkin menimbulkan bencana luar jangka yang boleh memberi impak negatif kepada sesiapa juga dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Kecemasan dan kemalangan selalunya menyebabkan berlakunya beban kewangan yang berat dan ia hadir secara tiba-tiba. Kebanyakan belanjawan kita sudah dibebani oleh perbelanjaan sara hidup yang semakin meningkat dan kerap kali kita benar-benar tidak bersedia untuk menanggung kos kewangan yang dikaitkan dengan krisis yang berlaku.
Hakikat yang sukar untuk diterima ialah bagi kebanyakan antara kita, hanya dengan satu kemalangan atau kemasukan ke hospital boleh membawa bencana kewangan.
Walaupun wujud pelbagai pilihan mampu milik, kajian menunjukkan separuh daripada rakyat Malaysia masih tidak mempunyai insurans, sekali gus berdepan risiko yang tinggi.
Mendapatkan insurans bukanlah aktiviti yang mengujakan dan jarang sekali dianggap sesuatu yang perlu sehinggalah ia sudah terlambat.
Namun berdasarkan statistik, tanpa insurans, risiko menanggung hutang yang membebankan menjadi semakin tinggi setiap hari.
Sama ada anda memerlukan perlindungan untuk kenderaan, perubatan nyawa atau keluarga, pelbagai pilihan pelan insurans dan perlindungan tersedia di pasaran untuk membantu merendahkan risiko yang dihadapi seseorang.
Takaful adalah salah satu alternatif sebegitu yang menjadi pilihan popular disebabkan model perniagaannya yang dipacu prinsip dan ketersediaannya kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama atau kepercayaan.
Penyedia insurans dan takaful Etiqa telah memenangi keyakinan dan hati pengguna dan ini dicerminkan oleh pertumbuhan positifnya yang konsisten sejak 2019.
Sebagai syarikat pertama yang memasarkan Takaful Motor dalam talian pada 2009, data industri daripada Insurance Services Malaysia (ISM) melaporkan, Etiqa General Takaful Berhad mengekalkan 68% bahagian pasaran takaful dalam talian di Malaysia pada 2021.
Tanpa janji temu secara bersemuka, kini proses mendapatkan perlindungan takaful lebih efisien dan hanya mengambil masa beberapa minit menerusi laman sesawang Etiqa.
Dilengkapi dengan Lapisan Soket Selamat Pengesahan Lanjutan (EV SSL), portal dalam talian Etiqa menyediakan tahap kepercayaan tertinggi dan menjadi standard industri, dengan perlindungan data dan privasi anda diberi keutamaan sama penting dengan perlindungan anda dan insan tersayang.
Dengan mendaftar secara terus melalui laman sesawang yang dijamin selamat, anda akan mendapat lebih penjimatan sebanyak 10% hingga 25% menerusi rebat langsung berdasarkan panduan Bank Negara Malaysia (BNM).
CEO Etiqa Family Takaful Berhad Zafri Ab Halim dan CEO Etiqa General Takaful Berhad Shahrul Azuan Mohamed berkata, dengan kadar pendigitalisasi negara yang semakin meningkat, saluran dalam talian telah menjadi satu kemudahan untuk para pelanggan membuat perbandingan dan melanggan pelan-pelan Takaful Am dan Takaful Keluarga mereka.
“Tambahan pula, pengalaman melanggan pelan-pelan tersebut bersama Etiqa juga Fast & Easy, kerana kami akan sentiasa cuba untuk mempermudah proses melanggan pelan Takaful dengan mengurangkan langkah-langkah penyertaan”
“Kami berharap dengan meningkatkan kadar kebolehcapaian pelan Takaful Am dan Keluarga melalui saluran dalam talian ini, kami dapat meningkatkan kadar langganan pelan-pelan takaful, dan meningkatkan kadar penembusan Takaful di Malaysia.”

Dengan pilihan liputan meluas yang boleh disesuaikan dengan kemahuan dan keperluan pelanggan, setiap rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan liputan memuaskan tanpa mengganggu bajet mereka.
Dengan hanya mengambil masa beberapa minit, proses pendaftaran dalam talian yang lancar bukan sahaja menghindarkan stres, malah jauh berbeza daripada proses tradisional yang panjang dan terlalu mendalami butiran peribadi dan kesihatan anda.
Satu lagi kelebihan yang menarik adalah perlindungan takaful anda akan diaktifkan serta merta. Berbanding proses tradisional yang menyaksikan tempoh menunggu yang panjang antara permohonan dan penerimaan sijil takaful, pelanggan akan menerima salinan sijil menerusi e-mel secara serta merta, sekali gus menjamin tidak wujud jurang perlindungan.
Bagi memastikan tiada soalan tidak terjawab, talian sembang secara langsung dibuka 24/7 untuk membantu pelanggan mendapatkan maklumat mengenai produk, perkhidmatan, malah kebimbangan mengenai sebarang tuntutan.
Dalam tempoh yang tidak menentu ini, adalah sangat melegakan apabila kita dapat melindungi keluarga, aset dan kesejahteraan hidup sendiri dengan begitu mudah.