
Daripada jumlah itu, sebanyak 324 kes atau 59.9% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 217 kes atau 40.1% adalah Kategori 3,4 dan 5.
Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 116 kes diikuti Perak (76) dan Johor (63).
Sementara itu, sebanyak 556 pesakit dibenarkan pulang semalam.
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 197 atau 23% daripada jumlah kapasiti.
Katil ICU di negeri yang melebihi penggunaan 50% kapasiti adalah di Selangor, iaitu 53%.
Sejumlah 108 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 12% daripada jumlah keseluruhan.
Empat kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,945 kluster dikesan sehingga kini dengan 151 daripadanya aktif.
Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.83.