564 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 25%

564 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 25%

Sebanyak 578 pesakit dibenarkan keluar semalam.

PETALING JAYA:
Sebanyak 564 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 343 kes atau 60.8% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 221 kes atau 39.2% adalah Kategori 3,4 dan 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 136 kes diikuti Johor (77) dan Perak (75).

Sementara itu, sebanyak 578 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 221 atau 25% daripada jumlah kapasiti.

Katil ICU melebihi penggunaan 50% kapasiti adalah Selangor (55%).

Sejumlah 122 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 14% daripada jumlah keseluruhan.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam menjadikan kluster keseluruhan setakat ini kekal 6,941 dengan 151 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.86.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.