
KKM turut melaporkan 12,105 kes Covid-19 meliputi 12,062 penularan tempatan dan 43 kes import.
Daripada jumlah kematian itu, sembilan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,192.
Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tujuh kes, diikuti Perak (lima), Terengganu (empat), Kedah dan Melaka (masing-masing tiga), serta Negeri Sembilan, Perlis dan Kuala Lumpur.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 162,216 kes aktif ovid-19 dilaporkan, termasuk 221 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 122 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 21,029 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,280,591.