
Beliau berkata, jika benar kadar faedah setinggi itu, ia akan menjadi “terlampau membebankan” kepada pengguna.
“Harap Kementerian Kewangan boleh pantau dan memberi penjelasan kenapa kadar faedah bagi skim pinjaman mikro GOpinjam bersama CIMB boleh sampai 36% setahun,” katanya dalam catatan di Facebook.
Tonton video di sini.
Beliau turut mempersoalkan sama ada ia hanya satu “kesilapan maklumat”.
Minggu lepas, TNG melancarkan ciri GO-pinjam di platform e-dompetnya. Dibangunkan bersama CIMB Bank Bhd, ia menawarkan pinjaman peribadi daripada serendah RM100 hingga setinggi RM10,000.
Menurut TNG, bayaran balik boleh dibuat dalam tempoh antara satu minggu hingga satu tahun tanpa yuran tersembunyi atau caj penyelesaian awal.
Maklumat di laman sesawangnya menyatakan bahawa kadar faedah adalah antara 8% hingga 36% setahun, bergantung pada jumlah dan tempoh pinjaman yang diluluskan oleh bank.
FMT telah menghubungi TNG dan CIMB Bank untuk mendapatkan komen.