558 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 27%

558 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 27%

Sebanyak 647 pesakit dibenarkan pulang semalam.

Sejumlah 131 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 15% daripada jumlah keseluruhan.
PETALING JAYA:
Sebanyak 558 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 221 kes atau 39.6% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 337 kes atau 60.4% adalah Kategori 3 hingga 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 106 kes diikuti Johor (63) dan Kuala Lumpur (60)

Sementara itu, sebanyak 647 pesakit dibenarkan pulang semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 876 atau 27% daripada jumlah kapasiti.

Hanya satu negeri mencatatkan katil ICU melebihi penggunaan 50% kapasiti, iaitu di Selangor sebanyak 51%.

Sejumlah 131 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 15% daripada jumlah keseluruhan.

Hanya satu kluster baharu dilaporkan semalam.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.86.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.