
Tertuduh, Suchat Tohdin, 34, hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Mengikut pertuduhan, Suchat didakwa melakukan perbuatan itu ke atas Mohd Belal Mohamad di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Kaki Bukit pada 5.30 pagi antara Ogos 2014 hingga 10 Mac 2015.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwa Raya Perlis, Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Baharudin Baharim.
Mahkamah menetapkan 21 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.