Kegiatan pelacuran aktif semula selepas pintu sempadan dibuka, kata polis

Kegiatan pelacuran aktif semula selepas pintu sempadan dibuka, kata polis

Aktiviti persundalan serendah RM45 ditawarkan bagi melanggan wanita warga asing.

Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof, berkata risikan pihaknya mendapati kegiatan itu mulai aktif selepas pintu sempadan negara dibuka, 1 Apr lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Aktiviti persundalan pada harga serendah RM45 di daerah Seremban dipatahkan pihak berkuasa selepas dipercayai aktif semula susulan pembukaan sempadan negara.

Difahamkan, dua hotel bajet yang menjadi aktiviti persundalan itu mula beroperasi sejak dua minggu lalu, termasuk menawarkan wanita warga asing berusia antara 25 hingga 35 tahun.

Bagaimanapun, operasi haram itu tidak bertahan lama apabila polis melakukan serbuan dalam Ops Noda, pada 3 petang, hari ini, menyaksikan lapan wanita warga asing ditahan.

Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof, berkata risikan pihaknya mendapati kegiatan itu mulai aktif selepas pintu sempadan negara dibuka, 1 Apr lalu.

“Kita percaya apabila negara kini memasuki fasa peralihan endemik, kegiatan pelacuran di hotel bajet sebegini mula aktif semula.

“Hasil siasatan awal mendapati kegiatan bermula 12 tengah hari sehingga enam petang atau kemungkinan lebih daripada itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Terdahulu, operasi yang dijalankan Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi (D7) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban itu, turut menahan lima pelanggan termasuk tiga warga tempatan berusia antara 25 hingga 35 tahun.

“Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 372A dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.