
Berdasarkan laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,346,625 kanak-kanak atau 38% daripada populasi kanak-kanak, telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara, sejumlah 15,844,706 individu atau 67.3% daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak, 22,954,459 individu atau 97.6% daripada populasi dewasa telahpun lengkap vaksinasi mereka, manakala 23,230,239 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia antara 12 ke 17 tahun, sejumlah 2,853,182 individu atau 91.7% daripada kumpulan itu telah lengkap divaksinasi, manakala 2,949,478 atau 94.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 25,702 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 8,752 suntikan pertama, 5,292 suntikan kedua dan 11,658 suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,972,658 dos.