Lebih 6,000 kanak-kanak sudah terima dos lengkap vaksinasi menerusi PICkids

Lebih 6,000 kanak-kanak sudah terima dos lengkap vaksinasi menerusi PICkids

Sejumlah 1,346,625 kanak-kanak atau 38% daripada populasi kanak-kanak, telahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Remaja berusia antara 12 ke 17 tahun pula melibatkan sejumlah 2,853,182 individu atau 91.7% lengkap divaksinasi.
KUALA LUMPUR:
Sejumlah 6,129 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun telahpun lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman sesawang Covidnow, sejumlah 1,346,625 kanak-kanak atau 38% daripada populasi kanak-kanak, telahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara, sejumlah 15,844,706 individu atau 67.3% daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak, 22,954,459 individu or 97.6% daripada populasi dewasa telahpun lengkap vaksinasi mereka, manakala 23,230,239 or 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 ke 17 tahun, sejumlah 2,853,182 individu atau 91.7% daripada kumpulan itu telah lengkap divaksinasi, manakala 2,949,478 atau 94.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 25,702 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 8,752 suntikan pertama, 5,292 suntikan kedua dan 11,658 suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,972,658 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 56 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Perak, Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan kematian tertinggi sebanyak 10 kes diikuti Johor (lapan) dan Kedah (tujuh).

Melaka mencatatkan tiga kes, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing dua kes, manakala Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Terengganu, masing-masing satu kes kematian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.