
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Rahimi Ra’ais berkata, dalam serbuan tersebut pihaknya telah menahan dua lelaki yang dipercayai menjadi ‘penjaga’ serta ejen sindiket tersebut.
“Dua lelaki tempatan berusia 29 dan 39 tahun dipercayai menjadi ‘penjaga’ serta ejen sindiket ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil risikan dan maklumat orang awam dua wanita berusia 27 dan 28 tahun berjaya diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) kontinjen Pulau Pinang.
“Siasatan awal mendapati dua wanita itu dipercayai telah dieksploitasi untuk memberikan perkhidmatan seks kepada pelanggan, dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Sementara itu, Rahimi berkata dua suspek itu direman selama enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.