Lebih 1.3 juta populasi kanak-kanak terima vaksin Covid-19

Lebih 1.3 juta populasi kanak-kanak terima vaksin Covid-19

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,851,056 individu atau 91.6% daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,849,462 dos.
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 1,323,892 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun atau 37.3% populasi itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,851,056 individu atau 91.6% daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,947,622 atau 94.7% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 15,758,429 individu atau 67% populasi dewasa pula telah menerima dos penggalak dan 22,952,209 atau 97.6% lengkap vaksinasi manakala 23,228,125 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 51,867 dos vaksin telah diberikan semalam termasuk 4,949 suntikan pertama, 1,438 suntikan lengkap dan 45,480 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,849,462 dos.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.